Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Di Pejabat Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang kanak-kanak semasa Hari Apresiasi Kanak-Kanak KEMAS Peringkat Parlimen P194 Petra Jaya di PCC Demak di Kuching pada Rabu. Foto: TVS

Subsidi yuran prasekolah, ringankan beban ibu bapa

KUCHING, 8 Feb: Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan RM2.5 juta sebagai subsidi yuran prasekolah bagi meringankan beban para ibu bapa di negeri ini.

Timbalan Menteri Di Pejabat Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata inisiatif itu juga sebagai usaha Sarawak mencapai sasaran 100 peratus kanak-kanak di negeri ini mendapatkan pendidikan awal.

Menurut Sharifah Hasidah, sejak 2019 lagi kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM 5,000 setahun untuk setiap institusi tabika dan taska KEMAS di seluruh negeri Sarawak di bawah Geran Tahunan Khas (GTK).

“Tujuan GTK ini disalurkan adalah untuk pembelajaran yang menyeronokkan agar para guru boleh membeli alat-alat bantu mengajar untuk anak-anak di tabika dan taska”.

“Selain itu geran khas ini juga untuk membiayai para guru menghadiri kursus yang boleh meningkatkan mutu dan kualiti kerja bagi memantapkan tugas harian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Parlimen P194 Petra Jaya di Pusat Kovensyen Pending (PCC) Demak di Kuching pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan kerajaan Sarawak turut menyediakan peruntukan untuk pemerkasaan aspek infrastruktur bangunan dan keperluan lain menerusi peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing.

Majlis menyaksikan Sharifah Hasidah menyempurnakan majlis apresiasi yang dihadiri 415 orang kanak-kanak taska dan tabika KEMAS bagi tiga kawasan iaitu Tupong, Samariang dan Satok dalam Parlimen Petra Jaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan