Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ts. Dr. Zaidi Razak menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Khalidi Ibrahim selepas mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat SMA di Kuching. Foto: SMA

SMA komited selesai masalah akses internet dua sekolah di Samarahan

ByYazid Ibrahim

KUCHING. 8 Feb: Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan memastikan dua sekolah di bawah Majlis Islam Sarawak di Bahagian Samarahan dapat mengakses internet.

Pengurus Besar SMA, Ts. Dr. Zaidi Razak berkata, dua sekolah tersebut sebelum ini didapati mengalami masalah rangkaian jalur lebar yang harus diselesaikan dengan segera.

Menurutnya, pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada syarikat yang akan menyediakan perkhidmatan bagi membantu untuk menyediakan rangkaian internet kepada dua buah sekolah berkenaan.

“Penyediaan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh Sarawak amat dititikberatkan melalui Pelan Strategi Pembangunan Sarawak pasca COVID-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ts. Dr. Zaidi Razak (enam dari kiri), Ustaz Khalidi Ibrahim (lima dari kiri) dan Ts. Haszrizan Hanapi (dua dari kiri) merakam kenangan selepas kunjungan hormat JAIS terhadap SMA di Kuching. Foto: SMA

Oleh itu, Zaidi menegaskan bahawa SMA akan terus komited bagi memastikan rangkaian internet bagi dua buah sekolah itu dapat diselesaikan dengan segera.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada pihak Majlis Agama Islam Sarawak yang diketuai oleh Pengarah JAIS, Khalidi Ibrahim.

Turut hadir Pemangku Ketua Bahagian Telekomunikasi dan Kejuruteraan SMA, Ts. Haszrizan Hanapi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan