Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paulus Palu Gumbang merakam kenangan bersama kanak-kanak pada Hari Apresiasi Taska/Tabika Kemas Kemas Peringkat Parlimen Limbang Tahun 2022 di Dewan Suarah Limbang. Foto: TVS

KEMAS utamakan pendidikan awal kanak-kanak

LIMBANG, 8 Feb: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengutamakan kualiti perkembangan awal kanak-kanak menerusi penekanan kepada pendidikan mereka.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, para guru KEMAS memainkan peranan sangat penting dalam mendidik dan mengasah bakat golongan ini.

“Saya bersyukur, kagum dan berbangga dengan apa yang saya lihat pada hari ini kerana KEMAS sentiasa bersemangat dalam apa juga program dengan menyampaikan ilmu pengetahuan berbentuk pendidikan awal kanak-kanak kepada semua lapisan masyarakat tidak kira walaupun di mana mereka berada,” katanya.

Paulus berkata demikian pada Hari Apresiasi Taska/Tabika Kemas Kemas Peringkat Parlimen Limbang Tahun 2022 di Dewan Suarah Limbang hari ini.

Tambahnya perkembangan pembelajaran yang dilaksanakan institusi berkenaan semakin berkembang ke arah positif kerana selain berjaya melahirkan ramai anak-anak yang berkemahiran dan mampu membaca, menulis dan mengira seawal usia berbanding zaman dahulu.

“Program ini mampu mengalakkan persaingan sihat di antara kanak-kanak di dalam bidang, sama ada bidang akademik malahan juga di bidang kokurikulum, ia juga akan mendorong penglibatan aktif kanak-kanak di dalam aktiviti kokurikulum di dalam pelbagai peringkat serta menerapkan budaya kecemerlangan sahsiah diri kanak-kanak supaya lebih yakin dan berdaya saing,” katanya lagi.

Hari Apresiasi Taska dan Tabika Kemas Kemas Peringkat Parlimen Limbang Tahun 2022 hari ini menyaksikan sebanyak 29 buah kelas tabika dan sebuah kelas taska di Parlimen Limbang membabitkan seramai 132 orang kanak-kanak menerima sijil dan 30 orang kanak-kanak menerima anugerah kanak-kanak cemerlang pada program tersebut.

Turut hadir Pegawai KEMAS bahagian Limbang, Mohd Khairul Amree Abdul Rahman, dan wakil Pegawai Daerah Limbang, Hamidah Halpi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan