Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerja pembinaan jeti simen baharu bagi kegunaan penduduk Kampung Kinyau di Tanjong Manis. Foto: TVS

Jeti baharu Bukit Kinyau dijangka siap Mac depan

TANJONG MANIS, 8 Feb: Pembinaan jeti simen baharu berjumlah RM700,000 untuk kemudahan penduduk Kampung Kinyau, Tanjong Manis dijangka siap Mac depan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab berkata, projek yang dibangunkan menerusi geran Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu bermula pada April 2022 dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei.

Ir Yusuf Abdul Wahab meninjau proses pembinaan jeti simen baharu bagi kegunaan penduduk Kampung Kinyau di Tanjong Manis. Foto: TVS

Kemudahan baharu yang disediakan itu katanya, bukan sahaja memberi keselesaan tetapi juga menjamin keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

“Jeti Bukit Kinyau baharu dibina sepanjang 70 meter. Sebelum ini, jeti lama dalam keadaan usang dan mungkin tidak selamat untuk penumpang,” katanya ketika dihubungi TVS pada Rabu.

Proses pembinaan jeti simen baharu bagi kegunaan penduduk Kampung Kinyau di Tanjong Manis. Foto: TVS

Selain keadaan jeti lama yang usang, katanya, penduduk juga berdepan masalah seperti kesukaran menaiki bot ketika air sungai cetek.

Justeru itu, katanya pelaksanaan projek itu membuktikan kerajaan tidak meminggirkan penduduk kampung berkenaan malahan sentiasa melaksanakan pelbagai pendekatan untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan.

“Saya berharap semua pihak memberikan kerjasama agar projek ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan