Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Bomba dan Penyelamat mencari mangsa menggunakan kaedah pencarian di permukaan air. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jatuh sungai dilibas tali kapal, warga Myanmar dikhuatiri lemas

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 8 Feb: Seorang lelaki warganegara Myanmar dikhuatiri lemas setelah terjatuh dari kapal di jeti Hock Seng Lee Wah, Pending di sini, hari ini.

Pasukan Bomba dan Penyelamat mencari mangsa menggunakan kaedah pencarian di permukaan air. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata, ketika kejadian Kyaw Khaint, 28, bersama dua lagi rakan sekerjanya mengikat tali kapal.

Dua lagi rakannya, lelaki warga tempatan – Salalo Jambai, 37, dan Albert Ramba, 35 – cedera dalam insiden berkenaan.

“Pengurus syarikat (kapal) tersebut menerima panggilan daripada pekerja kapal memaklumkan ada kemalangan di atas kapal melibatkan tiga orang pekerja yang sedang mengikat tali tongkang. Tiba-tiba tali tersebut melibas ketiga-tiga mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Bomba yang menerima panggilan pada 9.10 pagi, memulakan operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota dari Balai Bomba Padungan, Batu Lintang dan Tabuan Jaya.

Operasi ditangguhkan pada 6 petang dan akan disambung semula esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan