Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abano Johari Tun Open bersama mentor kabinet yang lain menggaul 'Yes Sang'. Gambar arkib. Foto: TVS

Premier Sarawak zahirkan penghargaan kepada penjawat awam

BySalasiah Safian

KUCHING, 7 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam yang telah bekerja keras berkhidmat kepada masyarakat.

Katanya, kerjasama serta kerja keras tersebut telah membuahkan hasil iaitu pada tahun lalu, Sarawak telah berjaya memperoleh pendapatan negeri berjumlah hampir RM12 bilion.

“Saya harus nyatakan di sini bagi mewakili rakan-rakan sekerja saya, kami menyatakan penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam atas kerja keras anda.

“Semestinya, dengan kerjasama dan kerja keras anda pada tahun 2022, Sarawak berjaya mencatatkan rekod di mana hasil negeri hampir mencecah RM12 bilion, ini adalah hasil kerja keras bersama antara penjawat awam dan juga pengamal politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Chap Goh Mei Jabatan Premier Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Sehubungan itu, tambah beliau, kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memperkuatkan ekonomi Sarawak dan percaya bahawa pada tahun yang akan datang Sarawak akan terus fokus ke arah negeri maju pada 2030.

“Kita dalam kerajaan hendak mencari jalan supaya skim perkhidmatan kita mengikut peredaran zaman. Bermakna satu pendekatan bukan sahaja dapat menaikkan taraf kedudukan perkhidmatan awam termasuk sudut ganjaran”.

“Ia mestilah relevan dengan jawatan yang anda pegang sebagai amanah dan pelaksana dasar kerajaan dan kemudian kalau keadaan ekonomi kita kuat, sudah tentu kita boleh membangunkan tabung endowmen untuk perkhidmatan awam,” jelasnya.

Majlis turut menyaksikan isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’Ani Tun Tuanku Bujang yang merupakan Penasihat Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak penjawat awam dan amnya untuk pelajar-pelajar sekolah golongan B40.

Program MAKSAK Care merupakan aktiviti kebajikan MAKSAK Wanita Sarawak dalam membantu meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah serta memastikan tiada penjawat awam yang tercicir daripada menikmati faedah bantuan kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan