Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni (kanan) diiringi oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Rose Nani Mudin (dua kanan) ketika membuat lawatan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas hari ini. Foto: Bernama

Pendanaan kesihatan perlu diberi perhatian – Lukanisman

ByBernama

KOTA KINABALU, 7 Feb: Pendanaan kesihatan perlu diberi perhatian dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata perkhidmatan kesihatan negara juga perlu diberikan nafas baharu setelah berdepan cabaran kesihatan getir susulan COVID-19.

“Ketika berdepan dengan COVID-19 ini kita telah menggunakan sepenuhnya kemudahan kesihatan kita demi penuhi keperluan rakyat kita yang terkesan… kita perlu memberikan nafas baharu kepada sistem kesihatan kita bagi membolehkan sistem ini memberikan kemudahan terbaik dan bermaruah kepada rakyat,” katanya selepas melawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin dan Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah Dr Marcus Netto.

Beliau berkata Kertas Putih Kesihatan, yang dijadual dibentangkan kementeriannya pada pertengahan tahun ini di Parlimen, akan menggariskan dasar yang sesuai bagi membolehkan pendanaan kesihatan itu disusun dengan baik.

Sementara itu, beliau berkata kadar penggunaan katil hospital berkenaan mencapai tahap yang kritikal iaitu 110 peratus tahun lepas.

Beliau berkata hospital yang mempunyai lebih 600 katil itu memberikan perkhidmatan kepada lebih 550,000 penduduk sekitar, justeru terdapat keperluan untuk pembinaan bangunan baharu bagi memenuhi keperluan tersebut.

“Bukan hanya untuk Kota Kinabalu sahaja, ada juga pesakit yang datang dari Lahad Datu dapatkan rawatan di hospital ini.

“Jadi semua input yang kita perolehi di Sabah sepanjang lawatan saya, akan saya bawa ke peringkat atasan termasuk Menteri Kesihatan (Dr Zaliha Mustafa) bagi kita ambil tindakan sebaiknya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan