Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia telah selamat mendarat di Turki. Foto: NADMA Malaysia

Pasukan SMART selamat tiba di Turkiye

ByDiana Jayaseelan

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selamat tiba di Turki pagi tadi pada jam 11.23 pagi waktu Malaysia bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.

Perkara itu dimaklumkan NADMA Malaysia menerusi satu hantaran di akaun Twitter rasmi agensi berkenaan.

“Mari sama-sama kita doakan agar segala operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turki dipermudahkan,” menurut hantaran berkenaan.

Pelepasan seramai 75 orang anggota digerakkan ke Turkiye malam tadi menerusi penerbangan Turkish Alirlines dengan membawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan di dalam operasi SAR.

Proses penghantaran pasukan SMART dibuat setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada Kerajaan Turkiye.

Pasukan SMART telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan