Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norizan Jili pada Ops Pengarah di Limbang hari ini. Foto: TVS

Ops Pengarah sasar kenderaan berat perdagangan di Limbang

LIMBANG, 7 Feb: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan Ops Pengarah di kilometer satu Jalan Kubong hari ini dengan memfokus kepada kenderaan berat perdagangan, selain mengenal pasti pelbagai kesalahan jalan raya lain.

Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili berkata, antara kesalahan yang turut dikenal pasti termasuk cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh serta pemeriksaan terhadap motosikal.

Beliau berkata, Ops Pengarah dijalankan di Limbang susulan banyak aduan yang diterima pihaknya terhadap keadaan jalan yang rosak, selain memastikan permit pemandu kenderaan berat dalam keadaan baik.

“Operasi ini fokus kepada kenderaan berat perdagangan, ini merupakan operasi biasa kita buat di setiap cawangan, di samping itu saya juga sempat melawat pejabat cawangan JPJ Limbang.

“Pada operasi ini kita bukan saja mensasar kepada kenderaan berat, tetapi melihat kesalahan lain seperti cukai jalan dan lesen memandu yang telah tamat tempoh dan juga motosikal,” katanya ketika ditemui TVS pada Ops Pengarah di Kilometer Satu Jalan Kubong hari ini.

Turut serta dalam operasi itu  ialah Ketua Cawangan JPJ Limbang, Abang Aien Abang Bolhil.

Norizan meminta agar pengguna jalan mematuhi peraturan dengan memastikan lesen dan cukai jalan diperbaharui untuk memastikan keselamatan masing-masing.

Beliau turut menjelaskan JPJ Limbang berjaya meningkatkan hasil kutipan saman pada tahun lepas sebanyak 1,329 saman berbanding pada 2021.

Katanya, peningkatan kutipan saman ini hasil usaha dan kerjasama JPJ Limbang.

“Terdapat peningkatan yang amat ketaralah kalau dibandingkan dengan tahun 2021, ini merupakan hasil kerjasama yang baik, saya harap pada tahun ini jumlah kutipan saman akan dapat ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata, operasi seumpama itu akan diadakan lebih kerap lagi di beberapa lokasi terpilih termasuk mengadakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain termasuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan