Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia X Airbus A330 Aircraft. Foto: TVS

AirAsia tawar tukar penerbangan percuma untuk penggantungan laluan Kuching–Pulau Pinang

ByRegina Lee
SEPANG, 7 Feb: AirAsia memaklumkan penerbangan terus antara Kuching dan Pulau Pinang akan digantung berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 atas sebab operasi.
Penumpang yang terjejas telah dihubungi melalui e-mel, memaklumkan bahawa penerbangan mereka telah ditukarkan kepada pilihan ‘FlyThru’ terbaik yang tersedia antara dua destinasi dengan persinggahan di Kuala Lumpur (KLIA2) untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada rancangan perjalanan mereka.
Sebagai alternatif, penumpang juga boleh memilih daripada pilihan pemulihan perkhidmatan berikut, seperti digariskan dalam pemberitahuan e-mel:
• Penukaran Penerbangan PERCUMA
Penumpang yang terjejas berhak mendapat pertukaran penerbangan sekali sahaja kepada tarikh perjalanan baharu mereka dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas yang dijadualkan pada laluan destinasi sama tanpa sebarang kos tambahan dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Para penumpang boleh melakukan pertukaran penerbangan dengan menekan klik pada butang ‘Free Change Flight’ dalam e-mel notifikasi atau melalui ciri ‘Manage my booking’ dalam aplikasi Super App atau laman web.
Setakat ini AirAsia mempunyai sembilan penerbangan harian antara Kuching dan Kuala Lumpur dan tujuh antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk dipilih oleh penumpang mengikut kesesuaian rancangan perjalanan mereka.
• Akaun Kredit
Penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan mereka juga boleh memilih untuk mendapatkan Akaun Kredit mengikut nilai tempahan mereka yang sah selama 730 hari (2 tahun) dari tarikh pembelian. Akaun Kredit boleh digunakan untuk membeli penerbangan dan pilihan tambahan dengan AirAsia.
• Pembayaran Balik
Penumpang yang memilih untuk pembayaran balik boleh berbual secara dalam talian dengan AVA melalui aplikasi AirAsia Super App atau laman web, dan mengikut arahan dengan selanjutnya.
Penumpang yang menempah penerbangan mereka melalui pihak ketiga boleh menghubungi ejen pelancongan masing-masing untuk bantuan lanjut.
Semua penumpang disyorkan untuk memuat turun aplikasi AirAsia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery untuk pengalaman perjalanan yang lancar bersama AirAsia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan