Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot nelayan yang menggajikan lima kru warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kedudukan 14 batu nautika barat daya Pulau Kendi dekat sini semalam. Foto: APMM

500 kg hasil laut bersama lima nelayan warga asing ditahan

GEORGE TOWN, 7 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan bersama enam kru selepas didapati menggajikan nelayan warga asing bagi menangkap ikan pada kedudukan 14 batu nautika barat daya Pulau Kendi dekat sini semalam.

Bot kelas C terbabit ditahan ketika Op Pertiwi dan Op Tanjung kira-kira jam 11.40 pagi.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Abdul Razak Mohamed berkata, bot tersebut yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan ditahan pada kedudukan kurang 15 batu nautika dari pantai mengikut syarat sah lesen.

“Bot dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan dan lima kru warga Myanmar berumur antara 20 hingga 41 tahun itu berpangkalan di Bagan Hutan Melintang, Perak.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, kelima-lima kru bot itu gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah serta surat kelulusan bertulis atau permit kerja dari Ketua Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, nelayan terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik bot menggunakan warga asing tanpa kebenaran dan menangkap ikan di kawasan larangan.

Katanya, kesemua kru tersebut ditahan bersama 500 kilogram (kg) hasil laut dan dibawa ke jeti Limbongan Batu Maung untuk siasatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan