Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Foto: FB Alexander Nanta Linggi

Pengurangan peruntukan sukarkan penyaluran bantuan ke kawasan pedalaman

SIBU, 6 Feb: Keputusan mengurangkan peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen akan menyukarkan penyaluran bantuan dan urus tadbir bagi kawasan di pedalaman, kata Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata, pengurangan peruntukan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta itu akan memberi cabaran yang lebih besar kepada beliau dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bagi kawasannya yang terletak di pedalaman yang keluasannya menyamai negeri Pahang.

“Sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan, saya amat memahami dasar tindakan ini yang terpaksa diambil sebagai langkah penjimatan kewangan negara.

“Meskipun saya merasa sedikit terkilan, namun saya terpaksa menerima ketetapan ini dan berharap peruntukan ini akan dipertingkatkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, peruntukan sebelum ini membolehkan Ahli Parlimen membantu penduduk secara lebih efisien dan disalurkan secara langsung dan pantas tanpa perlu melalui pelbagai proses di peringkat Pejabat Daerah atau jabatan kerajaan.

“Tidak terhad kepada penduduk di kawasan pedalaman, peruntukan seumpama ini juga besar manfaatnya kepada penduduk bandar dan pinggir bandar,” katanya.

Jumaat lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan peruntukan pembangunan tahunan kepada Ahli Parlimen dikurangkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat sebagai langkah mengawal aliran kewangan negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan