Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi diberi penerangan oleh Awg Mohamad Fadillah (dua kiri) mengenai kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo di Seksyen Bukit Begunan, Sri Aman, hari ini. Foto: Kementerian Kerja Raya.

Pan Borneo Seksyen Bukit Begunan dijangka siap November 2023 – Nanta

ByRegina Lee

SRI AMAN, 6 Feb: Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Fasa 1 Simpang Pantu ke Batang Skrang yang melibatkan Seksyen Bukit Begunan dekat sini dijangka siap pada November ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek itu pada asalnya dijadualkan siap pada Jun ini namun susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku semasa kerja-kerja pembinaan menunjukkan keperluan untuk mengubah suai reka bentuk asal.

“Di Seksyen (Bukit Begunan) ini yang dahulunya menggunakan ‘earthfill’ (timbunan tanah) ditukarkan kepada reka bentuk ‘rockfill’ (timbunan batu) kerana struktur tanah di kawasan tersebut yang tidak stabil setelah kajian terperinci dijalankan,” katanya pada sidang media selepas tinjauan kemajuan projek LPB di Seksyen Bukit Begunan di sini, hari ini.

Nanta berkata penggunaan batu seberat 721,000 meter padu untuk projek tambak itu telah siap 50 peratus.

“Walaupun membabitkan implikasi kewangan namun ia bukan masalah besar kerana keperluan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya itu lebih penting.

“Implikasi kewangan dalam kira-kira RM70 juta dan kita akan mohon kelulusannya di kabinet nanti,” ujarnya.

Terdahulu, beliau diberi taklimat oleh Ketua Unit LPB Jabatan Kerja Raya Sarawak, Awg Mohamad Fadillah Awg Redzuan mengenai status terkini projek lebuh raya di kawasan berkenaan.

Menurut Awg Mohamad Fadillah, kerja pembinaan bagi tambak batu itu telah bermula 8 April tahun lalu dan akan meningkatkan kestabilan tambak bagi pembinaan LPB serta memendekkan jangka masa pembinaan.

Nanta turut dimaklumkan setakat ini, keseluruhan projek LPB di Sarawak kini sudah mencapai 88.50 peratus siap. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan