Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Kampung Sok bergambar bersama setelah selesai menjalankan gotong-royong. Foto: FB Kampung Sok

Lestari semangat gotong-royong

MATU, 6 Feb: Budaya bergotong-royong dan semangat kerjasama yang menjadi tradisi sejak turun-temurun perlu dikekalkan dalam kalangan masyarakat hari ini, walaupun sedang meniti arus pemodenan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, gotong-royong juga disifatkan sebagai muafakat terbaik yang mampu menyemai bibit perpaduan dalam kalangan penduduk sama ada di bandar mahu pun desa.

Penduduk Kampung Sok sedang menjalankan gotong-royong membersihkan kawasan kampung mereka. Foto: FB Kampung Sok

Itu merupakan sebahagian hasrat murni Kerajaan Sarawak melalui penyaluran geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

“Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diarahkan untuk memperuntukkan sebahagian peruntukan yang telah diserahkan untuk mengadakan gotong royong bagi membersihkan kampung, sama ada dua kali setahun atau tiga kali setahun.

Penduduk Kampung Sok sedang menjalankan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Foto: FB Kampung Sok

“Ia bukan sekadar bertujuan untuk menjaga kebersihan kampung, tetapi juga untuk memupuk semangat kerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan masyarakat kita. Apabila wujud semangat gotong-royong seperti ini, InsyaAllah perpaduan dan kesatuan dalam kalangan masyarakat kita akan terus berkekalan,” katanya ketika dihubungi TVS semalam.

Beliau berkata, amalan murni itu salah satu platform penting bagi mewujudkan keharmonian kaum menerusi pendekatan bersama dalam apa juga aktiviti setempat.

Dalam pada itu ujarnya, kerajaan di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa menyokong usaha Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menerusi pelbagai program ke arah menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama, pelbagai inisiatif kerajaan turut diwujudkan bagi memastikan rakyat di peringkat komuniti mendapat faedah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan