Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 177 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi. Foto: KPDN Negeri Sembilan

KPDN Negeri Sembilan serbu stor seleweng LPG bersubsidi

ByBernama

SEREMBAN, 6 Feb: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 177 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Bemban, Mambau di sini, malam tadi.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan pada 10.50 malam itu turut menyita sebuah lori dan peralatan digunakan untuk pemindahan gas LPG berkenaan dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM38,320.

“Pasukan penguat kuasa menemukan 24 tong 50 kilogram (kg) LPG yang masih berisi dan 39 tong 50 kg yang kosong untuk kegunaan industri manakala 114 tong 14 kg kosong untuk kegunaan domestik berada di stor berkenaan.

“Hasil siasatan turut mendapati stor itu disyaki digunakan sebagai tempat memindahkan gas LPG bersubsidi ke dalam tong gas LPG kegunaan industri berdasarkan penemuan peralatan seperti hos paip, mesin pam dan alat timbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati premis dan individu yang ditemukan di lokasi itu juga tidak mempunyai sebarang lesen atau surat kebenaran daripada pengawal bekalan bagi berurusan dengan barang kawalan berjadual.

Muhammad Zahir berkata, susulan itu, dua pekerja lelaki warga Myanmar di stor terbabit yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, KPDN Negeri Sembilan sentiasa komited memantau barangan kawalan bagi mencegah sebarang aktiviti penyelewengan di pasaran selain mengingatkan mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual mematuhi perundangan yang ditetapkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan