KUCHING, 6 Feb: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak meningkat pada Minggu Epidemiologi kelima iaitu 108 kes berbanding minggu keempat 89 kes.
📊Status terkini COVID-19 di Sarawak
📉Minggu Epid. 5 (29 Jan – 4 Feb 2023)
1️⃣0️⃣8️⃣kes baharu (Keseluruhan 324,394)
0️⃣ kes kematian (Keseluruhan 1,793)#TVS122 #TVSNews pic.twitter.com/BzhBVbu2Ed— TVS (@tvstvmy) February 6, 2023
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 324,394 kes.
Jumlah kes baharu COVID-19 dalam kategori satu dan dua sebanyak 106 kes manakala dalam kategori tiga empat dan lima sebanyak dua kes baharu.
Daerah Kuching merupakan daerah yang menjadi penyumbang utama kes baharu iaitu 50 kes diikuti Sibu (10), Bintulu (10), dan Miri lapan kes.
Tiada kematian direkodkan dalam tempoh itu. – TVS