Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Kuching, Samarahan dan Serian di Kuching, malam ini. Foto: JaPen.

Kerjasama peniaga Cina dan bumiputera perlu untuk ‘Greater Kuching’ – Abang Johari

KUCHING, 6 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu komuniti peniaga Cina bekerjasama dengan rakan bumiputera mereka untuk membangunkan kawasan Kuching, Samarahan dan Serian sejajar dengan strategi pembangunan “Greater Kuching” yang dirancang kerajaan Sarawak.

Beliau berkata melalui penubuhan Greater Kuching Development Agency, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion untuk membangunkan ketiga-tiga kawasan itu dari segi sektor pertanian seperti pertanian pintar, pertanian moden dan sektor pelancongan.

“Saya harap komuniti perniagaan Cina akan bekerjasama dengan bumiputera untuk membangunkan Greater Kuching yang terdiri daripada Kuching, Samarahan dan Serian.

“Ini adalah kawasan yang akan dinaik taraf dari segi pergerakan dengan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) akan beroperasi di kawasan ini, seperti yang anda ketahui kami sedang melaksanakan sistem pengangkutan moden menggunakan hidrogen kerana kami mahu menjadikannya bandar pintar, bandar yang kurang pencemaran dan bandar yang boleh dibanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Kuching, Samarahan dan Serian di sini, malam ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Dato Richard Wee Ling Chiat pada majlis Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Kuching, Samarahan dan Serian di Kuching, malam ini. Foto: JaPen

Katanya idea pembangunan itu juga turut diakui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembangunan bandar yang sangat terancang.

Majlis turut dihadiri oleh dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Kuching, Samarahan dan Serian Dato Richard Wee Ling Chiat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan