Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang guru di Sibu lesap lebih RM25,000 setelah terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud. Foto hiasan: TVS.

Hendak cari duit lebih, sebaliknya rugi RM25,000

SIBU, 6 Feb: Seorang guru di sini lesap lebih RM25,000 setelah terpedaya dengan sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata wanita dalam lingkungan umur 40-an itu ditawarkan pekerjaan sambilan menerusi satu kumpulan Telegram pada 3 Feb lalu.

Berdasarkan laporan, mangsa yang teruja dengan bayaran komisen tinggi ditawarkan telah menekan pautan dan seterusnya mengikut arahan daripada ketua kumpulan Telegram berkenaan.

“Mangsa yang diyakinkan apabila mendapati kesemua ahli dalam kumpulan Telegram itu menerima komisen tinggi bagi setiap tugasan.

“Teruja dengan semua itu, mangsa telah memasukkan wang ke dalam satu pautan sebanyak RM50 dan RM58 dan dia memperolehi pulangan sebanyak RM200,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, keesokannya mangsa memasukkan RM25,465 ke dalam tiga akaun melalui enam transaksi pemindahan wang bagi melaksanakan tugasan.

Bagaimanapun katanya, selepas melakukan semua transaksi terbabit, mangsa menyedari dirinya tertipu kerana masih tidak menerima pulangan wang seperti dijanjikan syarikat berkenaan.

Katanya, setakat ini, guru tersebut merupakan mangsa kedua di sini ditipu selepas seorang pengaturcara perisian mengalami kerugian RM14,000 pada hari sama.

Dalam kes terbabit, Zulkipli menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terdepaya untuk menerima tawaran kerja sambilan dalam talian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan