Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun malam ini. Gambar arkib. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Banjir: Lebih 500 mangsa berada di PPS dua negeri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun dengan hanya 552 orang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini.

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir terus menurun kepada 506 orang malam ini, berbanding 623 orang petang tadi susulan penutupan satu PPS di Batu Pahat pada 4 petang.

Lima PPS masih beroperasi di dua daerah iaitu empat di Batu Pahat yang mengalami banjir termenung, menempatkan 480 orang daripada 132 keluarga, manakala di Segamat kekal 26 orang daripada sembilan keluarga di sebuah PPS.

Paras Sungai Bekok di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.92 meter.

Di SABAH, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini berkurangan kepada 46 orang daripada 12 keluarga yang dipindahkan ke satu PPS di daerah Beaufort, berbanding 134 orang daripada 40 keluarga petang tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan