Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tanah runtuh di Rumah Jelai menjejaskan kawasan seluas 1,000 meter persegi di bahagian belakang dapur lapan buah pintu. Foto: BBP Kanowit

Tanah Runtuh: Penduduk Rumah Jelai dan Rumah Berawang di Nanga Tada bimbang

KANOWIT, 5 Feb: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di tiga kawasan rumah panjang di Nanga Tada, dekat sini sekitar jam 8 malam tadi mencetuskan kebimbangan penduduk yang terjejas.

Dua daripada tiga rumah panjang terbabit iaitu Rumah Jelai Kana dan Rumah Berawang mengalami tanah susur di bahagian belakang dapur manakala hanya hakisan tanah dan parit berlaku berhampiran Rumah Engkamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Arrahman Chik berkata, pihaknya pergi ke tiga lokasi berkenaan untuk membuat pemantauan keadaan tanah runtuh sejurus menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 7.30 pagi.

“Setiba di rumah pertama, kami dimaklumkan penduduk Rumah Jelai bahawa kejadian tanah susur mula disedari pada jam 8.40 malam tadi ketika hujan lebat.

“Hasil pemantauan yang dijalankan didapati kawasan yang terjejas melibatkan bahagian belakang dapur bilik nombor 14 hingga nombor 21 iaitu sebanyak lapan pintu di mana keluasan tanah susur dianggarkan kira-kira 20 kali 1,000 meter persegi,” kafanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan Rumah Jelai mempunyai sebanyak 21 pintu termasuk 10 pintu rumah berasingan manakala Rumah Berawang (20 pintu) yang terletak di kawasan yang sama juga mengalami tanah susur di bahagian belakang dapur dengan keluasan 20 kali 40 meter persegi.

“Terdapat tiga pintu yang terjejas di Rumah Berawang iaitu bilik nombor dua hingga empat di mana kejadian tanah susur juga menyebabkan kemusnahan tanaman,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, insiden itu tiada melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,  selepas memastikan keadaan sekeliling selamat pihak bomba bertolak ke balai.

“Sebagai langkah keselamatan, bomba telah memasang sawar-sawar di semua lokasi yang terkesan, kita menasihatkan agar penghuni rumah yang terjejas supaya mengosongkan kediaman mereka kerana lokasi tanah susur semakin hampir mengenai rumah panjang tersebut,” jelasnya.

Arrahman berkata, insiden tanah runtuh tersebut dipercayai berpunca daripada cuaca hujan lebat berterusan sepanjang malam sehingga ke pagi.

Untuk rekod Rumah Berawang yang mempunyai 20 pintu pernah mengalami kejadian yang sama pada 12 Februari tahun lalu.

Agensi lain yang terlibat menjalankan pemantauan termasuk enam orang petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kanowit). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan