Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APMM menahan seorang remaja lelaki dipercayai cuba menyeludup keluar tong gas LPG bersubsidi. Foto: APMM

Remaja lelaki ditahan cuba seludup tong gas

TAWAU, 5 Feb: Seorang remaja lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas dipercayai cuba menyeludup keluar 17 tong Gas Cecair Petroleum (LPG) bersubsidi di perairan Tawau semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu bot peronda APMM mengesan sebuah bot kargo dalam keadaan mencurigakan bergerak laju dari Perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik.

Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 0.7 batu nautika utara Muara Sungai Melayu tersebut mendapati seorang remaja lelaki bertindak selaku juragan bot dan membawa muatan 17 tong gas LPG 14 kilogram yang dibalut dengan guni.

“Pemeriksaan ke atas dokumentasi seterusnya mendapati juragan gagal mengemukakan permit serta lesen yang sah berkaitan barang kawalan yang dibawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharizan berkata, bot serta muatan tersebut ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM28,000,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan