Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ramai penderma darah yang hadir bagi mendermakan darah semasa Program Derma Darah di Cityone Megamall Kuching pada hari ini. Foto: TVS

Program Derma Darah bantu pesakit memerlukan

KUCHING, 5 Feb: Kesedaran menderma darah melalui komuniti setempat penting bagi menjamin stok bekalan darah di hospital mencukupi, sekali gus dapat membantu pesakit yang memerlukannya.

Salah seorang penderma darah semasa Program Derma Darah di Cityone Megamall Kuching pada hari ini. Foto: TVS

Presiden Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS), Manjeet Sidhu berkata, Program Derma Darah yang dianjurkan PPIS bersama Lions Club Kuching City dan Bulan Sabit Merah bertempat di Cityone Megamall Kuching pada hari ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Selain itu kata beliau, program tersebut juga turut membuka pendaftaran untuk orang awam menjadi pengikrar derma organ.

“Kami mengadakan Program Derma Darah yang dianjurkan PPIS bersama Lions Club Kuching City dan Bulan Sabit Merah. Jadi, kami bergabung dan melakukan program ini dan kami juga telah mengadakan ikrar organ hari ini oleh ahli tertentu. Kami turut memperkenalkan perkara ini kepada orang ramai supaya wujud kesedaran dalam diri mereka dengan membiarkan mereka menjadi penderma juga.

“Sambutan yang diterima amat baik kerana kami turut memberikan dulang telur dan kami mempunyai beberapa saguhati untuk diberikan kepada masyarakat apabila mereka datang menderma darah. Saya fikir secara keseluruhan program ini sangat berjaya kerana jam 9 pagi orang sudah ada di sini,” katanya semasa Program Derma Darah di Cityone Megamall Kuching pada hari ini.

Beliau turut juga berharap agar lebih ramai yang akan menderma darah di masa akan datang, seramai 93 orang telah berjaya menderma darah pada program tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan