Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis tahan dua lelaki, rampas pelbagai minuman keras bernilai lebih RM200,000

ByBernama

SHAH ALAM, 5 Feb: Polis menahan dua lelaki  dan merampas pelbagai jenis minuman keras berbagai jenama disyaki tidak bercukai bernilai RM269,086 di kawasan Taman Chi Liung, Pandamaran, 31 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, tangkapan terhadap dua lelaki berusia 25 tahun itu dilaksanakan sekitar jam 5 petang apabila Unit Risikan Marin, Pelabuhan Klang menjalankan rondaan di kawasan itu.

“Semasa rondaan dijalankan, pihak polis telah terserempak dengan sebuah lori dan ketika itu kedua-dua lelaki berkenaan sedang memunggah kotak untuk disimpan di sebuah gudang.

Ketika tangkapan dilaksanakan, pihak polis merampas 317 botol dan 7,560 tin pelbagai jenis minuman keras disyaki tidak bercukai. Keseluruhan nilai harga barang rampasan lebih kurang RM269,086.08,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Cha berkata, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan telah menahan reman kedua-dua lelaki berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan