Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi mengadakan lawatan ke Tapak Projek di Sibu dan Tanjong Manis semalam. Foto: TVS

Elak manipulasi masalah bekalan air Tanjong Manis

TANJONG MANIS, 5 Feb: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi meminta individu tertentu agar tidak memanipulasi isu bekalan air di Tanjong Manis sehingga mengelirukan rakyat.

Sebaliknya ujar beliau, mereka perlu mendapatkan sumber maklumat yang tepat dari agensi yang berkaitan sebelum menyebarkannya melalui pelbagai platform khususnya di media sosial.

“Kita perlu mendapat maklumat daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan juga daripada Sibu Water Board atau pegawai-pegawai dan jurutera kami yang sentiasa berada di pejabat masing-masing menyelia perjalanan projek ini dari masa ke semasa. Saya rasa kalau masalah air itu kecil, biar kita ikhlaskan sahaja.

“Kalau tekanan air tidak sampai kepada sebahagian kecil di kampung tidak bermakna semua kawasan  kampung itu tidak mendapat bekalan air, saya dan pegawai-pegawai memeriksa juga apa yang berlaku di tapak lapangan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Projek di Sibu dan Tanjong Manis semalam.

Beliau berkata, perbuatan menyebarkan sesuatu yang tidak berasas tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya mengeruhkan lagi keadaan.

Tambahnya, kerajaan komited menyelesaikan masalah tersebut melalui pelbagai pendekatan dan kelancaran usaha itu juga memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

“Kita berharap masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung yang kekurangan air atau tekanan air ini dapat kita selesaikan penghujung tahun ini. Bagi rumah-rumah panjang yang terletak di sepanjang laluan yang kita lalu tadi, yang kita nampak ada paip besar dan paip besar itu adalah untuk menyalurkan air mentah. Jadi, perlu sambung rumah panjang tersebut kepada air terawat daripada loji air kepada rumah panjang tersebut dan ia sedang dalam proses diambil perhatian oleh pihak JBALB,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan