Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong(enam,kiri) dan tetamu kehormat dan jemputan lain merakamkan gambar bersama para peserta Program Kampung Siaga 221: Komuniti Kampung Berdaya Tahan Bencana (Skuad Komuniti Pertahanan Awam) di Rumah Panjang Jackson Wan di Tubau, Bintulu hari ini. Foto: TVS

Program Kampung Siaga 221, didik masyarakat hadapi bencana

BINTULU, 4 Feb: Program Kampung Siaga 221: Komuniti Kampung Berdaya Tahan Bencana (Skuad Komuniti Pertahanan Awam) diyakini mendidik masyarakat luar bandar siap siaga menghadapi bencana.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata program yang bertujuan menyediakan latihan untuk masyarakat menghadapi kecemasan sekali gus pendedahan kepada langkah menangani situasi bencana seperti tanah runtuh dan sebagainya.

“Masyarakat perlu diberikan pendedahan dan latihan sewajarnya agar dapat bertindak pada peringkat awal dalam menangani sebarang situasi bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian program tersebut di Rumah Panjang Jackson Wan di Tubau di sini, pada Sabtu.

Mengakui program tersebut amat bermakna kepada masyarakat agar dapat memberi bantuan awal sementara menanti perkhidmatan pihak berkuasa tiba di lokasi.

“Saya yakin dengan latihan yang diberikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang jelas telah mendapat mendapat sambutan baik ini dan saya sendiri telah melihat orang kampung memahami dengan begitu cepat sekali”.

“Maka itu, program ini cukup bermakna kepada komuniti dan penduduk rumah panjang di luar bandar atau pedalaman seperti di kawasan parlimen saya di Hulu Rajang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ugak memberitahu inisiatif program berkenaan selari dengan hasrat kerajaan perpaduan di bawah pemimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Iaitu agensi kerajaan lain mengambil inisiatif sama seperti APM serta memberi perkhidmatan kepada penduduk rumah panjang yang terletak jauh dan tidak mempunyai komunikasi seperti di bandar,” tegasnya.

Dalam pada itu, Ugak memaklumkan sebanyak 14 program seumpama bakal dilancarkan di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar atau pedalaman pada tahun ini.

“Untuk peringkat awal, kita akan buat di seluruh negara iaitu sebanyak 14 pada tahun ini,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan