Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas diiringi Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang ketika menandatangani plak sebagai simbolik Majlis Pelancaran Bekalan Gas Asli di Medan Saberkas, Miri, hari ini. Foto: Aida Muliyono (TVS)

PETROS labur RM2 bilion, bangunkan 400 megawatt CCGT

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 4 Feb: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan melabur dana sejumlah RM2 bilion bagi membangunkan 400 megawatt pembinaan Loji Kuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan Miri (CCGT).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan loji kuasa itu menjana gas asli yang berpatutan dan lebih bersih buat bandaraya Miri.

“Miri dikenal pasti sebagai salah satu daripada empat hab gas di Sarawak selain Bintulu, Samalaju dan Kuching untuk menyediakan akses bekalan gas ke seluruh negeri di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak atau Sarawak Gas Roadmap (SGR).

“SGR merupakan tonggak utama untuk merealisasikan matlamat Sarawak untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, untuk tujuan ini PETROS akan melabur untuk pembangunan loji kuasa tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Pelancaran Bekalan Gas Asli di Medan Saberkas Miri, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari turut memaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Miri (MBM) kini sedang melaksanakan pemasangan papan tanda digital sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Program Bandar Pintar Miri bagi menyediakan perkhidmatan dengan lebih baik dan selamat.

Selain itu, Abang Johari turut mengemukakan cadangan kepada MBM meneroka potensi bagi menghubungkan Medan Saberkas dengan Taman Bulatan untuk dijadikan sebagai satu kawasan tarikan kediaman, komersial dan rekreasi.

“Saya masih ingat lagi pada tahun 90-an, Tamu Saberkas ini hanyalah kawasan terbuka yang digunakan untuk parkir kenderaan.

“Kawasan ini telah berkembang menjadi kawasan perdagangan yang kondusif untuk para peniaga di sini, memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar serta seluruh penduduk Miri, di samping menjadi salah satu tempat yang mesti dikunjungi pelawat tempatan mahupun pelancong luar negara,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang dan dif kenamaan lain.

Projek perintis di Medan Saberkas itu mencerminkan komitmen PETROS dalam memaksimumkan impak positif dalam komuniti di Miri, selain menyerlahkan kemajuan ketara SGR. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan