Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lo Khere Chiang ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP). Foto: Fiqri Razak

Pembinaan ibu pejabat baharu MPP bermula hujung tahun ini

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 4 Feb: Pembinaan ibu pejabat baharu Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bersebelahan Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang menelan kos sebanyak RM60 juta dijangka akan bermula hujung tahun ini.

Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang berkata, setakat ini pihak MPP masih berada dalam fasa merancang dan melakar reka bentuk bangunan berkenaan.

“Kita (MPP) akan mengadakan taklimat dan perbincangan bersama Timbalan Premier dan Premier Sarawak mengenai perkara ini bagi menentukan dana yang diperlukan untuk penilaian pada pertengahan penggal ini.

“Dari situ baru kita dapat menentukan berapa jumlah yang diperlukan daripada Kerajaan Negeri bagi pembinaan bangunan baharu ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 anjuran MPP di ruang legar Ibu Pejabat MPP pada Jumaat.

Mengulas mengenai bangunan sedia ada sebaik sahaja ibu pejabat baharu siap, Lo berkata, ia akan dijadikan sebagai Pusat Komersial.

“Sebaik sahaja kami berpindah ke bangunan baharu, ia akan dijadikan sebagai Pusat Komersial untuk meraih lagi dana bagi membangunkan projek baharu,” katanya.

Ibu Pejabat MPP yang baharu bakal beroperasi bersebelahan Pusat Hidupan Liar Semenggoh diluluskan pembinaannya oleh Kerajaan Negeri pada 19 Ogos 2021.

Turut hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 anjuran MPP itu ialah Timbalan Premier, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan