Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapten pasukan bola sepak Argentina Lionel Messi mungkin akan beraksi pada Piala Dunia FIFA 2026. Foto: Reuters/Carl Recine.

Messi pertimbang beraksi di Piala Dunia 2026

ByBernama

BUENOS AIRES, 4 Feb: Kapten pasukan bola sepak Argentina Lionel Messi mungkin akan beraksi pada Piala Dunia FIFA 2026 tetapi ia bergantung kepada ‘banyak perkara’.

Penyerang Paris Saint-Germain itu sebelum ini dilaporkan berkata, aksi di Piala Dunia 2022 Qatar akan menjadi penampilan terakhirnya.

Kejayaan Argentina yang menyaksikan Messi menjaringkan tujuh gol dan memenangi anugerah pemain terbaik telah mendorongnya untuk mempertimbangkan semula kemungkinan beraksi dalam Piala Dunia, lapor Xinhua.

Messi akan berusia 39 tahun pada penganjuran piala dunia akan datang yang diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

“Saya suka bermain bola sepak, saya suka apa yang saya lakukan dan selagi saya sihat dan berasa cergas, saya akan melakukannya. Tetapi masih banyak yang perlu dilakukan sehingga Piala Dunia akan datang.

“Saya akan melihat ke mana arah kerjaya saya, apa yang akan saya lakukan dan ia bergantung kepada banyak perkara,” kata pemain berusia 35 tahun itu kepada akhbar sukan Argentina, Ole. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan