Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Banjir: PPS di Kedah, Sarawak ditutup sepenuhnya petang ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Banjir di Kedah dan Sarawak semakin pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu, ditutup sepenuhnya pada 2 petang hari ini.

Di KEDAH, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Left (PA) Abdul Rahim Khairuddin  berkata keadaan cuaca cerah hari ini, telah membantu air untuk surut dengan cepat dan membolehkan kesemua 35  mangsa banjir daripada 11 keluarga di Mukim Relau di PPS Sekolah Kebangsaan Relau, kembali ke rumah masing-masing.

Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan kedua-dua PPS di Sekolah Kebangsaan St Peter serta Dewan Kampung Mundai yang terletak di Serian, telah ditutup sepenuhnya pada 2 petang tadi.

Di SABAH sekretariat JPBN memaklumkan hanya satu PPS yang masih dibuka setakat 2 petang ini iaitu di daerah Beaufort, yang menempatkan 224 orang daripada 63 keluarga.

Di PULAU PINANG mangsa banjir yang ditempatkan di dua  PPS di dua daerah di negeri yang terbaharu dilanda banjir kekal 59 orang sama seperti pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata cuaca hari ini hingga 1 tengah hari, cerah namun mangsa belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing kerana rumah mereka belum siap dibersihkan.

“PPS di Dewan Komuniti Kubang Menerong di daerah Seberang Perai Utara (SPU), masih menempatkan seramai 38 orang daripada sembilan keluarga, manakala di Seberang Perai Selatan (SPS) pula PPS di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah melibatkan 21 orang mangsa banjir daripada lapan keluarga.

“Ketika ini kebanyakan mangsa banjir sedang mencuci rumah mereka dan pihak kami juga sedang memantau cuaca dari semasa ke semasa. Jika petang ini tidak hujan mereka akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa di PPS menurun sedikit kepada 819 orang setakat 4 petang ini berbanding 821 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi.

JPBN Johor memaklumkan jumlah mangsa di daerah Batu Pahat yang mengalami banjir termenung seramai 793 orang daripada 224 keluarga, masih ditempatkan di lima PPS.

Sementara itu di Segamat, seramai 26 orang daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di satu PPS, menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, petang ini.

JPBN juga memaklumkan keadaan cuaca di sembilan daerah dijangka hujan petang ini kecuali Muar yang dijangka cerah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan