Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada dua tan tepung gandum yang disita KPDN dalam operasi di Georgetown semalam. Foto: TVS

Kilang roti beroperasi 20 tahun tiada permit simpan gandum

BUKIT MERTAJAM, 3 Feb: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita dua tan tepung gandum selepas memeriksa sebuah kilang roti yang telah beroperasi selama 20 tahun di Jalan Transfer, George Town dekat sini, kelmarin.

Tepung gandum bagi pembuatan roti dan pastri terbabit dirampas selepas premis itu didapati tidak mempunyai permit untuk menyimpannya.

Ia dipercayai tidak mempunyai permit semenjak mula beroperasi berikutan pemilik yang juga pengarah syarikat berusia 70 tahun mendakwa tidak mengetahui mengenai keperluan tersebut.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, R.S. Jegan berkata, pada operasi secara rawak kira-kira pukul 11 pagi itu, pihaknya turut melakukan siasatan ke atas pengarah syarikat berkenaan.

“Lelaki itu mendakwa syarikat tidak dimaklumkan oleh pemborong untuk mendapatkan sebarang permit menyimpan barang kawalan berjadual berkenaan.

“Justeru, kita menyita dua tan tepung gandum dalam guni 25 kilogram (kg) bernilai RM6,400 iaitu 700 kg jenama Cap Tank dan 1,300 kg jenama Cap Kuda Merah,” katanya pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Eksibit KPDN, Bukit Minyak di sini semalam.

Tambah beliau, ia merupakan kesalahan pertama yang dikesan pihaknya di premis terbabit berikutan ia diperiksa buat kali pertama.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun bagi kesalahan pertama jika disabitkan kesalahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan