Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buaya yang termakan mata kail ditangkap pasukan APM Betong, hari ini. Foto: APM Betong

Buaya sepanjang tiga meter sangkut mata kail

BETONG, 3 Feb: Seekor buaya sepanjang tiga meter ditangkap selepas termakan mata kail dipasang individu yang dipercayai cuba menangkap buaya tanpa permit di Sungai Layar berhampiran Kampung Hilir di sini pada Jumaat.

Ia disedari seorang lelaki berusia 50-an yang terkejut apabila ternampak kelibat seekor buaya tersangkut pada mata kail di lokasi sekitar jam 8.00 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Leftenan (PA) Desem Samuel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai buaya terperangkap tersebut pada jam 8.23 pagi.

“Sejurus menerima panggilan itu, sepasukan tujuh anggota kami telah bergegas ke lokasi dengan membawa peralatan khas untuk menangkap buaya itu.

“Setiba di lokasi kejadian pihak kami telah berjumpa dengan seorang penduduk kampung dan membawa ke kedudukan seekor buaya yang tersangkut pada mata kail seterusnya memohon bantuan untuk menangkap dan memindahkan buaya tersebut,” katanya.

@tvstvmy

Seekor buaya sepanjang tiga meter ditangkap selepas termakan mata kail dipasang individu yang dipercayai cuba menjerat buaya tanpa permit di Sungai Layar berhampiran Kampung Hilir, Betong pada Jumaat. 🎥 APM Betong #TVS122 #TVSNews #buaya

♬ original sound – TVS – TVS News

Katanya, pasukan operasi mengambil masa 20 minit sebelum buaya berkenaan dibawa ke darat.

Menurut Dasem berdasarkan jenis mata kail dan peralatan yang digunakan untuk memerangkap buaya tersebut, individu tersebut dipercayai mahir menangkap buaya.

“Setelah memeriksa mata kail dan peralatan pancing yang diguna untuk mengumpan buaya itu, individu berkenaan dipercayai agak ‘profesional’ dan pakar menangkap buaya,” jelasnya.

Katanya, anggotanya kemudian membawa reptilia itu ke markas APM Betong untuk tindakan selanjutnya.

Katanya lagi, buaya sepanjang lebih kurang tiga meter itu akan diserah kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk dibawa ke Pusat Hidupan Liar Matang di Taman Negara Kubah di Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan