Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pensyarah dan Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Nur Faeza Abu Kassim memperkenalkan kaedah menghalau nyamuk menggukanan tumbuhan dan inovasi perangkap BioGel pada Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) Lawan Denggi 2023 di Sungai Dua baru-baru ini. Foto: USM

Pokok basil mampu halau nyamuk aedes

GEORGE TOWN, 1 Feb: Penyelidik di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM) mendedahkan tiga jenis tanaman herba iaitu pokok basil, limau kasturi dan pudina berupaya menghindari nyamuk terutamanya nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi.

Pensyarah dan penyelidik kawalan vektor serta penyakit bawaan nyamuk terutamanya aedes dan Culex di USM, Profesor Madya Dr. Nur Faeza Abu Kassim berkata, kajian pihaknya mendedahkan tumbuh-tumbuhan tersebut mampu berperanan sebagai alat anti-aedes menerusi kaedah biologi.

“(Alternatif) yang paling berkesan dan mudah (menghalau aedes) setakat ini ialah pokok basil yang selalunya dijadikan ulam.

“Manakala pokok limau kasturi dan pudina memerlukan umur tertentu untuk berupaya menghalau aedes,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau yang telah lebih 15 tahun terlibat dalam kajian berkaitan berkata, tumbuhan-tumbuhan berkenaan dipilih berdasarkan hasil kajian yang telah lama dijalankan dalam usaha menghalau nyamuk.

“Namun ia memerlukan kajian semula untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci misalnya berapa lama, berapa jarak dan berapa banyak pokok yang diperlukan untuk memastikan ia berkesan,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut memperkenalkan inovasi baharu dalam mencegah nyamuk aedes iaitu penggunaan manik hidrogel dinamakan sebagai BioGel yang berupaya menarik dan membunuh nyamuk.

“Ia menggunakan teknologi ‘umpan gula’ dengan memanipulasi cara pemakanan vektor iaitu bertindak dengan kaedah ‘serang dan bunuh’ untuk musnahkan aedes di semua peringkat kitar hidup.

“Perangkap BioGel berasaskan campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan tempatan merupakan salah satu kaedah kawalan secara biologi yang bersifat mesra alam sekitar serta selamat kepada manusia dan haiwan,” kata Nur Faeza.

Jelas beliau lagi, BioGel mudah digunakan selain mesra pengguna dan memerlukan kos yang rendah dengan perbelanjaan kira-kira RM10 sebulan.

Perangkap BioGel berkenaan diperkenalkan Nur Faeza kepada orang ramai pada Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) Lawan Denggi 2023 di Sungai Dua di sini baru-baru ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan