Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden PCAM, Dr Loh Yunn Hua (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pesakit, Billy Dunggau, disaksikan Temenggong Yong (kiri). Foto: TVS

PCAM komited tingkat perkhidmatan kepada pesakit

MIRI, 1 Feb: Persatuan Perkhidmatan Paliatif Miri (PCAM) komited dalam meningkatkan perkhidmatan dan bantuan penjagaan paliatif kepada pesakit yang memerlukan.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, PCAM telah memperoleh lesen hospis yang membenarkan persatuan itu menjalankan lebih banyak bantuan dan aktiviti untuk pesakit di bawah penjagaan paliatif

Presiden PCAM, Dr Loh Yunn Hua (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pesakit, Mary Budom, disaksikan Temenggong Yong (kiri). Foto: TVS

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak juga telah menyumbang sebidang tanah kepada persatuan itu untuk pembinaan bangunan Pusat Hospis bagi menjalankan aktiviti.

“PCAM telah memperoleh lesen hospis baru-baru ini bagi meningkatkan lagi perkhidmatan PCAM. Lesen tersebut boleh memberikan lebih banyak bantuan kepada pesakit di bawah penjagaan paliatif.

“Saya berharap Pusat Hospis akan mula dibina tidak lama lagi. Pusat ini apabila siap akan menyediakan tempat yang kondusif untuk kakitangan dan sukarelawan menjalankan kerja mereka dan mengadakan aktiviti,” katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Pot Luck Tahun Baharu Cina yang dianjurkan PCAM di Miri semalam.

Teks ucapan beliau dibaca Temenggong Yong Vui Seng yang mewakilinya di majlis itu.

Sementara itu, Presiden PCAM, Dr Loh Yunn Hua berkata, tanah yang disumbangkan oleh Kerajaan Sarawak untuk lokasi Pusat Hospis itu akan dibina berdekatan dengan Eastwood Valley.

“Kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana menyediakan sebidang tanah yang terletak berhampiran dengan Eastwood Valley di Miri, untuk dijadikan Pusat Hospis. Pusat Hospis adalah tempat pesakit tenat boleh tinggal menjelang hari-hari terakhir kehidupan mereka dan apabila mereka menghadapi kesukaran untuk gejala mereka dan tiada penjaga.

“Sesetengah daripada mereka berasa lebih terjamin dan tenteram secara psikologi jika mereka berada di hospis yang menyediakan bantuan. Kami akan menubuhkan jawatankuasa untuk mengumpul dana untuk hospis kerana ia memerlukan sedikit wang. Kami sudah mempunyai pelan pembinaan dan berharap ia akan siap dalam masa tiga hingga empat tahun,” katanya.

Pada masa yang sama, sumbangan berbentuk angpau bernilai RM100 juga diberikan dari pihak persendirian kepada setiap empat pesakit yang hadir semasa program itu dijalankan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan