Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri, di Kompleks Kerajaan Negeri Kapit, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Kapit pesat membangun namun isu logistik perlu diatasi – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KAPIT, 1 Feb: Kerajaan Sarawak sedang memberi tumpuan untuk menyelesaikan isu logistik membabitkan kesukaran untuk menghantar bahan binaan ke bahagian ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak itu berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelerasan Pembangunan Negeri.

Kata Abang Johari, sekiranya isu tersebut terus dibiarkan, ia akan melambatkan projek-projek pembangunan di sini.

“Contoh kita hendak membangunkan Daerah Bukit Mabong namun menghadapi kesulitan kerana kontraktor susah untuk membawa barang ke kawasan tersebut, maka ia melambatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan berkenaan di Kompleks Kerajaan Negeri Kapit, di sini hari ini.

Sementara itu, tambah Abang Johari, perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan ialah pembangunan infrastruktur asas termasuk bekalan air dan elektrik.

“Ini juga melibatkan masalah aspek logistik kerana sekarang ini Bahagian Kapit sudah pesat membangun dan juga kawasan-kawasan di luarnya.

“Namun kekangan logistik turut membuatkan semua pembangunan memerlukan masa lagi, jadi saya rasa dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kita juga akan membuat kajian ke atas pelaksanaan projek-projek tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, terdapat alternatif lain yang boleh digunakan bagi menyelesaikan isu tersebut iaitu dengan menggunakan jalan sungai.

“Kalau tidak ada akses jalan yang mudah, jadi kita gunakan jalan sungai untuk membawa bahan binaan ke tapak pembinaan di sini.

“Sebenarnya ia lebih murah kerana mereka akan menggunakan ‘barge’ untuk menghantar bahan binaan dan isi padu kargo juga boleh membawa lebih banyak muatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan