Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Bomba melakukan pemantauan keselamatan di lokasi kejadian. Foto: Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei

Tindakan pantas penduduk selamatkan rumah panjang terbakar

SARIKEI, 31 Jan: Tindakan pantas penduduk telah menyelamatkan kediaman mereka daripada musnah dalam kejadian litar pintas membabitkan Rumah Rasit Sare di sini, malam tadi.

Insiden yang dipercayai berlaku kira-kira jam 7.20 malam itu membabitkan bahagian sambungan wayar rumah terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.24 malam dengan menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Bagaimanapun sebaik tiba, api telah pun berjaya dipadamkan penghuni rumah berkenaan. Kita difahamkan, mereka menggunakan tiga unit pemadam api mudah alih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahmudin berkata, hasil pemeriksaan Bomba mendapati, kebakaran kecil itu hanya berlaku pada bahagian wayar berkenaan.

Ujarnya, penduduk yang menyedari kejadian itu bertindak pantas mengambil alat pemadam api sebelum berjaya memadam api daripada merebak.

“Sikap penduduk yang saling bantu membantu dan tidak panik bukan sahaja dapat mengelak kemusnahan harta benda tetapi juga menyelamatkan nyawa. Kes ini menjadi satu contoh yang baik,” jelasnya.

Mahmudin berkata, tiada sebarang operasi dilakukan namun pihak Bomba menjalankan pemantauan dan setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, mereka bertolak balik ke balai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan