Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melakukan lawatan ke Loji Metanol Sarawak Patchem di Tanjung Kidurong, Bintulu, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Rangkaian 5G akan dibangunkan di kawasan Tanjung Kidurong – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 31 Jan: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rangkaian selular 5G akan dibangunkan di kawasan Tanjung Kidurong, Bintulu – sebuah kawasan yang menempatkan fasiliti Loji Metanol Sarawak Petchem.

Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf itu perlu memandangkan ia merupakan kawasan penting untuk aktiviti ekonomi Malaysia, lebih-lebih lagi untuk Sarawak.

“Kita telah menaik taraf 5G di beberapa kawasan dan menjelang 2024 seluruh Kidurong, Samalaju dan sebahagian Bintulu akan dinaik taraf kepada 5G.

“Langkah ini dengan harapan dapat meningkatkan lagi jaringan Internet dengan kelajuan lebih tinggi,” katanya ditemui ketika melakukan lawatan kerja di Loji Metanol Sarawak Petchem di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Petchem Sdn Bhd, Muhammad Ibrahim.

Pada lawatan kerja itu, Abang Johari turut menyampaikan sijil penghargaan kepada enam syarikat yang berjaya mencapai 10 juta jam kerja tanpa kecederaan di tapak Projek Metanol Sarawak Petchem.

Enam syarikat itu ialah Samsung Engineering Malaysia, China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd, Rahabco Engineering and Construction Sdn Bhd, See Energy Sdn Bhd, Syarikat Caya Daya Sdn Bhd dan WZS Misi Setia Sdn Bhd.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan