Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan dan Datuk Abdullah Saidol bersama anggota kumpulan Exists pada sidang media konsert Exists Resolusi di Kuching, hari ini. Foto: Regina Lee (TVS)

Pusat Seni Persembahan Sarawak dijangka siap pada 2026 – Snowdan

ByRegina Lee

KUCHING, 31 Jan: Pusat Seni Persembahan Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini dijangka siap selewat-lewatnya pada 2026.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata pelaksanaan projek itu kini sedang berjalan setelah ditangguhkan ekoran COVID-19.

Beliau berkata peruntukan penambahbaikan premis itu juga ditambah selepas berlakunya peningkatan harga bahan binaan.

“Peruntukan untuk projek ini yang bernilai RM200 juta sebelum ini perlu ditambah lagi memandangkan harga bahan-bahan binaan kini sudah meningkat.

“Kita berharap agar kita mempunyai sebuah lagi Pusat Seni Persembahan seperti Istana Budaya di Sarawak yang menggunakan teknologi canggih yang akan menjadi satu platform antarabangsa,” katanya pada sidang media konsert Exists Resolusi di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Pada masa sama katanya, pembinaan pusat itu juga memerlukan kepakaran kontraktor dalam bidang tersebut bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar.

“Pentas pusat itu unik kerana ia menggunakan teknologi hidraulik, jadi kita perlu mencari kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

“Kita harus lakukannya dengan teliti agar projek ini tidak terbengkalai serta peruntukan pun digunakan dengan sebaik-baiknya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan