Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KGBS sambut baik usaha KPM isi 50 peratus kekosongan guru di Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHINIG, 31 Jan: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan penempatan 1,500 guru di Sarawak dalam usaha menampung masalah kekurangan guru.

Presiden KGBS, Zulkiflee Sebli berkata, pihaknya bersyukur usaha yang diambil oleh Menteri KPM, Fadhlina Sidek mengisi 50 peratus daripada anggaran 3,000 kekurangan guru di Sarawak yang sudah lama dihadapi.

“Kita berharap 50 peratus penempatan guru tidak hanya di kawasan pedalaman sahaja, malah juga di kawasan bandar.

“Kita percaya dengan data yang ada di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahupun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), senarai sekolah-sekolah yang memerlukan guru-guru ini dapat dikenal pasti agar Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dapat berjalan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Baru-baru ini Menteri KPM Fadhlina Sidek menyatakan sekurang-kurangnya 1,500 orang guru bakal ditempatkan di Sarawak menjelang bulan Mac depan.

Mengulas lanjut beliau berkata, antara punca kekurangan guru di kawasan bandar adalah persaraan guru serta kematian.

“Ada sekolah yang gurunya telah meninggal dunia tiga tahun belum lagi diganti. Ini pasti membebankan guru yang perlu menanggung kerja rakan mereka,” ujar Zulkiflee. – TVS

Tags: guru, KGBS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan