Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian. Foto: BBP Sarikei

215 penduduk Rumah Sumpun terputus hubungan akibat banjit kilat

SARIKEI, 31 Jan: Seramai 215 penduduk terjejas apabila laluan utama ke Rumah Sumpun dinaiki air disebabkan banjir kilat di Jalan Selidap di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba, Mahmudin Narudin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 9.25 pagi.

“Kejadian ini berpunca daripada limpahan air sungai berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

“Bomba Sarikei menerima laporan mengenai kes ini pada jam 9. 25 pagi tadi sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati laluan masuk ke rumah panjang itu dinaiki air sehingga 1.5 meter.

Ketika ini ujarnya, kesemua mangsa selamat dan belum ada pemindahan dilakukan.

“Bagaimanapun, saya ingin menasihatkan semua penduduk agar sedia berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh pihak berwajib.

“Mereka juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan segera menghubungi pasukan keselamatan jika keadaan menjadi semakin buruk,” katanya.

Mahmudin berkata, pihak Bomba akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan bersedia dengan aset yang berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan