Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media sempena lawatan kerjanya ke Pelabuhan Samalaju di Bintulu, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Tempoh pusingan kapal di Pelabuhan Samalaju kini lebih singkat – Uggah

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 30 Jan: Pelabuhan Samalaju berjaya memendekkan tempoh pusingan kapal kargo dari 20 hari keĀ empat hingga enam hari.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pengurangan itu merupakan satu pencapaian membanggakan kerana berjaya dilaksanakan pada hujung tahun lalu.

Pihak perkapalan sebelum ini mengadu terpaksa membayar kos penyelenggaraan tinggi disebabkan pusingan kapal kargo agak lama.

ā€œPada Mac tahun lepas, saya telah melakukan lawatan kerja ke sini dan saya telah bertemu dengan beberapa pelabur dan mereka meluahkan rasa kecewa kerana masa pusingan kapal yang begitu lama.

ā€œJadi pihak saya telah arahkan Bintulu Port Holding untuk menyelesaikan perkara ini selewat-lewatnya pada Disember 2022,ā€œ katanya pada sidang media lawatan kerjanya ke Pelabuhan Samalaju di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi.

Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berkata lagi, kementeriannya akan terus memantau perkembangan Pelabuhan Samalaju bagi memastikan kecekapan dan produktiviti pelabuhan itu dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Kecekapan pengendalian dan pengurusanĀ Pelabuhan Samalaju amat penting ke arah menjadikannya pelabuhan bertaraf dunia.

Beliau yang mengadakan lawatan ke pelabuhan itu turut diberikan taklimat mengenai pembangunan Taman Perindustrian Samalaju daripada Unit Perancangan Ekonomi Sarawak (EPU) dan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA)Ā  dan menghadiri sesi dialog bersama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan