Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tanah susur susulan hujan lebat di kawasan Rumah Impu, Sungai Buloh, Selangau pada malam Ahad. Foto: BBP Selangau

Tanah runtuh: 15 penghuni rumah diarah berpindah

SELANGAU, 30 Jan: Seramai 15 penghuni yang mendiami rumah berkembar di kawasan Rumah Impu, Sungai Buloh dekat sini diminta berpindah susulan kejadian tanah runtuh pada malam Ahad.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam itu telah mengakibatkan sebatang tiang di bahagian belakang tandas rumah berkenaan kelihatan tergantung dan dikhuatiri berbahaya.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan I Janggan Muling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.18 malam.

“Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau telah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan itu.

“Pemantauan yang dilakukan mendapati tanah runtuh itu telah menyebabkan sebatang tiang rumah kelihatan tergantung dan menimbul kebimbangan kepada penghuni dua rumah yang terjejas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sebagai langkah keselamatan keluarga dari dua rumah berkenaan diminta mengambil langkah pencegahan awal supaya berpindah ke rumah saudara.

Kejadian tersebut disedari seorang suri rumah yang terdengar bunyi dentuman yang kuat di bahagian rumah dan lantai rumah terasa bergoyang sedikit.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan