Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyertai delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob di Istana hari ini. Foto Bernama.

Sektor tenaga elektrik hidro bantu tarik FDI ke Sarawak

ByFirdaus Ismail

SINGAPURA, 30 Jan: Langkah kerajaan negeri meneroka sektor ekonomi baharu termasuk tenaga elektrik hidro akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan Sarawak.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili berkata, ini juga akan memberi jaminan kepada kelangsungan penggunaan kepada syarikat -syarikat tempatan di Sarawak.

“Sebenarnya ketika ini Sarawak sedang membangunkan Empangan Hidroelektrik Baleh di Kapit dan Combined Cycle Gas Turbine (CCGT).

Baca artikel berkaitan >>>>> Sektor tenaga elektrik hidro bantu tarik FDI ke Sarawak

“Projek – projek ini juga berperanan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menyertai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Pra Majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Singapura di sini hari ini.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Delegasi Sarawak yang turut menyertai mesyuarat berkenaan ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu, Sharbini berkata, Sarawak juga komited untuk berkongsi tenaga boleh diperbaharui (RE) dengan rantau ini.

“Kita (Sarawak) mahu berkongsi kepakaran dengan negara serantau, ini merupakan sebahagian daripada Trans ASEAN Power yang ditandatangani pada 1997,” katanya.

Kata beliau, Sarawak komited untuk menjayakan projek berkenaan yang setakat ini perlaksanaan masih belum menyeluruh.

“Projek ini dilaksanakan membabitkan Singapura ke Semenanjung Malaysia, Singapura ke Laos dan Sarawak ke Kalimantan,Indonesia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan