Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura hari ini. Foto Awang Azmil Awang Ahmad (TVS)

Sarawak cadang diberi peruntukan kewangan untuk industri makanan

ByFirdaus Ismail

SINGAPURA, 30 Jan: Sarawak mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan kewangan untuk kegunaannya dalam industri makanan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, perkara itu merupakan antara permintaan Sarawak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan kerajaan untuk membentangkan semula Bajet 2023.

“Kita hendak suntikan dalam industri makanan dan saya rasa kedua – dua permintaan Sarawak termasuk fokus kepada sekolah daif akan dibawa dalam pembentangan berkenaan,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Ketika mengadakan lawatan rasmi ke Brunei baru – baru ini, Perdana Menteri berkata, draf pembentangan semula bajet pada 24 Februari 2023 belum siap kerana beliau menerima permintaan daripada Sarawak dan Sabah.

Berhubung cadangan Sarawak itu, Abang Johari meminta agar semua pihak menunggu keputusan mengenai perkara itu.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru – baru ini melawat Sarawak dan bertemu beliau dan perkara berkaitan sekolah daif antara yang disentuh.

Fadhlina sebelum ini berkata, usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan