Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin mewakili Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya menerima derma disampaikan pemilik syarikat Sidney Lau & Co, Sidney Lau. Foto: TVS

Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya Miri dijangka beroperasi 1 Mac

MIRI, 30 Jan: Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya Miri dijangka akan memulakan operasi selewat-lewatnya pada 1 Mac ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata pusat ini menerima kelulusan pada Januari untuk memulakan operasi bagi mereka yang tinggal berdekatan kawasan Permyjaya.

“Sekarang kita buat persiapan, segala kelengkapan telah pun sampai. Kita pun masih atur dan tentukan masa untuk pindah masuk. Ada yang kita kena baiki macam lantai dan selepas semua ini siap.

“Sekarang kita buat persiapan untuk membina lebih 100 pesakit ke pusat dialisis baru ini iaitu mereka yang tinggal berdekatan seperti Kuala Baram, Permyjaya dan Tudan. Jadi pesakit tidak perlu pergi ke pusat dialisis di Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi penyerahan derma oleh Syarikat Sidney Lau & Co kepada Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya Miri di sini, hari ini.

Pusat ini mampu menampung 240 pesakit dengan 40 mesin dialisis apabila beroperasi penuh.

Tambah beliau lagi, dengan adanya dua pusat dialisis di daerah Miri, ia sekali gus dapat menampung jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dialisis.

“Dengan adanya pusat dialisis baru ini, kita boleh bahagi (Miri kepada) dua zon. Satu untuk kawasan utara, satu lagi kawasan selatan untuk mereka yang tinggal dekat pasar di Riam, mereka boleh pergi pusat dialisis yang lama di Jalan Bulan Sabit di Miri,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan