Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Phang Chia menyampaikan faedah pengurusan jenazah kepada Amran Abdullah. Turut kelihatan, Dato Sri Fatimah Abdullah.

KPWK bekerjasama dengan PERKESO tingkatkan pencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

ByAmirah Shawel

KUCHING, 30 Jan: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi meningkatkan jumlah pencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dalam kalangan suri rumah.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pihaknya menawarkan kerjasama dengan PERKESO untuk memberi penerangan berkaitan skim itu kepada masyarakat melalui Program Randau Solidariti anjuran Majlis Pembangunan Sosial.

“Skim ini meliputi bantuan kemalangan, hilang pekerjaan, rawatan perubatan dan khairat kematian yang pastinya akan membantu suri rumah terdiri daripada wanita berkahwin atau ibu tunggal sekiranya berlaku kematian atau penyakit yang menyebabkan mereka tidak boleh lagi bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan faedah pengurusan jenazah kepada waris pencarumnya di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah di sini, hari ini.

Fatimah berkata lagi, seramai 40,298 suri rumah yang telah didaftarkan di bawah bantuan E-Kasih akan menjadi pencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah secara automatik tanpa perlu membuat sebarang bayaran.

Sementara itu, beliau berharap agar suri rumah berstatus miskin tegar tidak terkecuali daripada menerima manfaat dalam pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan akan dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari.

Katanya, seramai 1,869 suri rumah di Sarawak adalah dalam kategori miskin tegar yang memerlukan bantuan.

Dalam pada itu, Fatimah menyaksikan penyerahan faedah pengurusan jenazah daripada Pengarah PERKESO Sarawak Tan Phang Chia kepada waris pencarum Amran Abdullah yang kematian isterinya, Alina Salleh pada 12 Disember 2022.

Amran merupakan waris Suri Rumah Berinsurans (SRB) pertama di PERKESO Negeri Sarawak yang menerima faedah ini sejak skim ini diperkenalkan pada 1 Disember 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan