Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Willie Mongin dan Dr Azmi Amat Murjan menyempurnakan Pelancaran Program Nang Ori Home Centre semasa Majlis Makan Malam Gala Nang Ori di Waterfront Hotel, Kuching semalam. Foto: TVS

Usahawan lada perlu berani teroka pasaran luar negara

KUCHING, 29 Jan: Usahawan lada harus berani meneroka pemasaran produk ke luar negara sebagai satu peluang memperluaskan perniagaan produk tempatan, kata Datuk Willie Mongin.

Menurutnya, Ahli Parlimen Puncak Borneo itu, pelbagai agensi kerajaan membantu para usahawan melebarkan sayap perniagaan mereka ke peringkat global.

“Kita perlu berani untuk menjelajahi dan melihat negara luar sebagai landasan untuk mendapatkan peluang-peluang perniagaan.”

“Hal ini kerana kalau di dalam perspektif negara, mungkin tidak mencukupi tetapi saya percaya bahawa selepas anda semua menguasai dan menjelajah serta meneroka pasaran di negara kita, anda semua haruslah bangkit untuk mengembangkan pasaran tempatan seperti produk lada tempatan ke pasaran global,” katanya pada Majlis Makan Malam Gala Nang Ori di Waterfront Hotel, pada Sabtu.

Antara agensi kerajaan yang membantu ujarnya ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Lada Malaysia dan Syarikat Pasar Raya Besar yang memainkan peranan besar dalam memasarkan produk tempatan ke luar negara.

“Saya juga ingin menggalakkan usahawan tempatan untuk sentiasa melihat negara luar dan mengejar peluang-peluang yang ada dengan memasarkan produk tempatan seperti lada ke pasaran global.”

“Saya percaya MARA, Pasar Raya Aeon dan Pasar Raya Besar Lulu boleh menghulurkan bantuan dengan mewakili negara kita di pasaran global terutamanya di negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Dubai,” jelasnya.

Dalam pada itu, Willie juga berharap lebih banyak syarikat gergasi tampil untuk membantu usahawan lada di negeri ini.

Turut hadir Pengarah MARA Negeri Sarawak, Dr Azmi Amat Murjan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan