Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan Sumbangan Prihatin Saberkas dalam bentuk bakul makanan di Sadong Jaya, hari ini. Foto: TVS

Saberkas rancang lebih 700 program untuk memartabatkan belia

SADONG JAYA, 29 Jan: Bertujuan memartabatkan para belia, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) akan menganjurkan 727 program sempena Sambutan Jubli Emas pertubuhan itu sepanjang tahun ini.

Presiden Saberkas, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjurannya juga adalah untuk mewujudkan kesejahteraan masyarakat.

Tiga kluster yang ditekankan dalam program tersebut ialah sosial, rekreasi dan kebajikan; pendidikan, latihan dan kepimpinan; serta ekonomi dan keusahawanan.

“Program yang kita rancang adalah bertujuan untuk memartabatkan golongan belia. Selain itu, ia bertujuan untuk memberikan keceriaan kepada sesama masyarakat. Ini adalah antara tanggungjawab saya sebagai pemimpin belia,” katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata demikian pada Program Kayuhan Santai Amal Saberkas sempena Sambutan Jubli Emas Saberkas di sini, hari ini.

Seramai 50 peserta menyertai program Kayuhan Santai Amal itu.

Jelasnya, program tersebut melibatkan kayuhan beramai-ramai serta melalui beberapa lokasi selain mengadakan aktiviti gotong-royong di Pekan Warisan, Kampung Sungai Bilis dan Kampung Sadong Jaya Laut.

Beliau berharap agar program ini akan dapat memupuk semangat kasih sayang dan harmoni dalam kalangan masyarakat setempat.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Sumbangan Prihatin SABERKAS dalam bentuk bakul makanan kepada 11 isi rumah di beberapa kampung sekitar Sadong Jaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan