Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Sekalung Budi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS), di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan penghargaan pada Majlis Sekalung Budi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS), di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Premier zahir terima kasih kepada para penjawat awam

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 29 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berterima kasih kepada para penjawat awam kerana telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini.

‘Saya amat berterima kasih kepada semua penjawat awam yang bersama-sama dengan pihak kerajaan bagi menghadapi wabak COVID-19 yang melanda negara sebelum ini”.

“Saya tahu bukan mudah ketika itu kerana negara berdepan dengan kadar kematian yang berlaku, selain, tiada ubat atau vaksin yang dapat disahkan penggunaannya serta ekonomi kita terjejas dan rakyat hilang pendapatan. Tetapi, dengan kerjasama semua pihak terutamanya penjawat awam, kita mampu menangani COVID-19 dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS), di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

Sementara itu, bercakap mengenai majlis beliau mengakui kerajaan sentiasa menghargai dan memberikan penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam yang telah menabur bakti kepada Sarawak.

“Hari ini seramai 22 orang pegawai penjawat awam di Sarawak yang telah bersara diraikan kerana telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mencadangkan agar para pesara mendekati masyarakat terutama golongan muda menerusi penyampaian ceramah mengenai sektor perkhidmatan awam.

“Ini adalah usaha untuk memberikan pendedahan yang lebih luas mengenai bidang berkaitan”.

“Selalunya, universiti atau institusi pengajian akan meminta orang ada yang mempunyai pengalaman untuk memberikan ceramah atau menjadi pensyarah sambilan”.

“Kita mempunyai lima institusi latihan di Sarawak dan saya akan meminta mereka untuk menjadi sebahagian daripadanya kerana jika penggunaan buku teks dan ilmu daripada orang yang berpengalaman digabungkan, ia bakal memperkayakan ilmu pengetahuan anak-anak muda yang sedang belajar,” jelasnya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Hui Kian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Dr Sabariah Putit.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan