Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kaunselor Jeffery Phang menyerahkan Anugerah Khas YB Dato Sri Lee Kim Shin kepada Lawrence Lee Lian Matius Ding. Foto: TVS

Pelajar perlu kuasai teknologi dan bahasa Inggeris, seiring globalisasi

MIRI, 29 Jan: Pelajar di negeri ini digalakkan menguasai teknologi dan bahasa Inggeris sebagai platform awal untuk menyertai bidang pekerjaan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin mengakui arus globalisasi kini memberi cabaran kepada golongan muda ketika ini.

Justeru itu, beliau mahu para pelajar memanfaatkan peluang yang ada untuk memperkasakan diri dengan pelbagai kemahiran agar bijak menyusun langkah selepas tamat alam persekolahan.

“Pada kesempatan ini, saya ingin melontarkan cabaran kepada para graduan agar dapat membuktikan bahawa anda mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang untuk sekolah ini,”

“Gunakanlah peluang yang ada pada masa ini untuk memperkasakan diri dengan kemahiran teknologi maklumat, kemahiran berkomunikasi di samping meningkatkan penguasaan teknologi dan bahasa Inggeris,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jeffery Phang Siaw Foong pada Majlis Graduasi SMK Pujut 2022 di Hotel Imperial, Miri, hari ini.

 

Kaunselor Jeffery Phang (tengah) bersama guru dan tetamu semasa gimik perasmian Majlis Graduasi SMK Pujut 2022 di Hotel Imperial, Miri pada hari ini. Foto: TVS

Bercakap mengenai majlis hari ini, beliau berpendapat majlis graduasi merupakan inisiatif yang baik bagi merangsang pelajar mencapai kejayaan sekali gus melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama demi kesejahteraan negara.

“Sesungguhnya, penganjuran program ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memotivasikan para pelajar di sekolah ini. Ini sebagai perangsang kepada anda untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang bakal diceburi.”

“Malah diharapkan majlis ini mampu mengukir kenangan manis dan mencatat kenangan penuh bermakna dalam lipatan sejarah para graduan ke arah menuju kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang lantas menjadi insan yang berkualiti,” katanya lagi.

Kim Shin turut mengambil kesempatan menyeru para ibu bapa untuk terus membantu dan menggalakkan anak-anak mencipta kecemerlangan dan sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan kejayaan buat pelajar dalam segala aspek.

Seramai 388 pelajar tingkatan lima SMK Pujut telah bergraduasi pada majlis ini serta anugerah khas pelajar cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah iaitu Anugerah Khas YB Dato Sri Lee Kim Shin dinobatkan kepada Lawrence Lian Matius Ding dan Marthilda Nisun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan