Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dr Richard Rapu memberikan wang saguhati kepada 35 warga emas pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di Spaoh pada malam Sabtu. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak.

BDDA serah lebih 70 cadangan projek untuk kelulusan Premier Sarawak – Uggah

ByAkma Salleh

SPAOH, 29 Jan: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) telah menyerahkan lebih 70 cadangan projek bernilai RM780 juta kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada awal bulan ini.

Timbalan Premier Sarawak yang juga pengerusi BDDA, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, majoriti projek itu membabitkan cadangan pembinaan infrastruktur dan kemudahan di lapan kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Bahagian Betong.

“Ini merupakan projek-projek utama kita (BDDA). Kita akan melaksanakan semua projek secepat mungkin pada tahun ini setelah diberi kelulusan .

“Kita juga mahu ia disiapkan mengikut jadual. Langkah kita seterusnya ialah berjumpa dengan Setiausaha Kewangan Sarawak untuk memuktamadkannya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran masyarakat Cina Spaoh di sini pada malam Sabtu.

Uggah berkata jawatankuasa BDDA telah mengedarkan senarai projek itu kepada semua jabatan berkaitan supaya mereka boleh membuat persiapan.

Beliau berkata jumlah peruntukan diberikan kepada BDDA ialah RM1.5 bilion. Projek-projek yang dicadangkan itu akan menggunakan RM740 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan